OKU Mati Dihempap Kontena

Georgetown – Seorang wanita kurang upaya mati serta merta apabila 32.5 tan kontena terjatuh dan menghempap tempat menunggu bas di Air Itam.

 

P’ng Eow Hong, 48, yang mengalami sindrom ‘kaki pendek’, sejak lahir dipercayai menunggu bas awam di perhentian bas berhadapan dengan pejabat pos Air Itam ketika kejadian itu berlaku jam 3.10 petang tadi.

 

Sekumpulan anggota Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

 

“Apa yang kami tahu, menurut maklumat yang diterima, trak kontena itu diletakkan di situ sejak 24 jam lalu.

 

“Di dalamnya merupakan rangka katil,” kata jurucakap bomba dan penyelamat.

 

Anggota penyelamat terpaksa mengambil masa 40 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa.

 

Mayat P’ng, berasal dari Jalan P. Ramlee dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.