Nik Aziz Tokoh Politik Bijaksana, Kata Muhyiddin

Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang tokoh politik yang cukup bijaksana dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua, kata Timbalan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin.

 

Beliau berkata sikap kesederhanaan Allahyarham disanjung semua pihak, bukan sahaja dalam peranannya sebagai seorang tokoh politik, tapi juga sebagai tokoh agama yang banyak berjasa.

 

“Kita ketepikan soal politik, atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam…semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada dan solihin,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan Dengan Rakyat di Dewan Suarah Bau di Bau, hari ini.

 

“Kita juga ucapkan takziah dan sama-sama berharap agar keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi ujian Allah ini,” tambahnya.

 

Mursyidul Am PAS itu meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baharu Kelantan, pada 9.40 malam tadi. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.