Longkang Jijik Di Seremban

Seremban – Penduduk Seremban marah dengan pihak berkuasa tempatan kerana gagal membersihkan longkang besar lantas menyakitkan mata di bandar itu.

 

Longkang besar itu menjadi kotor disebabkan mekanisme penapisan air yang diletakkan berdekatan Jalan Tuanku Munawir – berhampiran Jabatan Alam Sekitar Negeri – untuk mengatasi masalah pembuangan sampah, sejak Disember, tahun lalu.

 

“Sejak pihak berkuasa meletakkan mekanisme penapisan, sampah sarap mula terkumpul dengan banyak di sini,” kata Fatihah Wong Abdullah kepada The Rakyat Post.

 

Agen insurans berusia 56 tahun itu berkata, air dari longkang – yang dijadikan tempat pembuangan sampah oleh orang tidak bertanggungjawab dari Pasar Seremban – yang akhirnya terkumpul di Sungai Linggi dan akhirnya menyumbang kepada pencemaran sungai.
Disebabkan kos operasi dan pencemaran sungai – yang merupakan sumber air untuk bandar – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan terpaksa membuat keputusan menutup Loji Rawatan Air Linggi pada 2011.

 

“Kerja pembersihan longkang dikontrakkan kepada pihak lain tetapi kontraktor itu tidak melakukan kerja mereka untuk memastikan ia dilakukan dengan baik,” kata Fatihah.

 

Apabila disoal sama ada dia ada membuat aduan, Fatihah mempersoalkan sama ada pihak berkuasa pula tidak perasan.

 

“Bangunan Jabatan Alam Sekitar terletak di sebelah longkang besar itu. Mereka tidak nampak?” soalnya.

 

Tinjauan TRP mendapati air dalam longkang besar itu tidak mengalir dan dipenuhi dengan botol kosong, beg plastik dan sampah sarap dari kedai dan pasar berdekatan.

 

Apabila dua kenderaan milik jabatan melintas, bau busuk dari longkang itu memenuhi ruang udara.

 

“Walaupun terdapat kipas dibina 10 kaki dalam untuk menapis kotoran, pihak berkuasa hanya membersihkan longkang itu sekali,” kata Murugan Ramaiah, 53, pula.

 

Pengawal keselamatan itu berkata longkang itu dibersihkan menggunakan kren untuk membersihkan empat kontena sampah sarah ketika mereka meletakkan alat penapis di situ.

 

Murugan melahirkan rasa bimbang bahawa longkang itu menjadi tempat pembiakan nyamuk.

 

“Sejak hari itu, banyak sampah sarap terkumpul di dalam longkang itu,” katanya.

 

Rohana Ahmad, 44, tukang cuci di satu bangunan pejabat berdekatan berkata, sampah sarap itu hanya hanyut ketika hari hujan.

 

“Apabila tiada hujan, air tidak mengalir dan lebih banyak sampah sarap terkumpul.”

 

Anak jati Seremban, Muthu Ramasamy berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada individu tidak bertanggungjawab yang mencampakkan sampah sarap ke dalam longkang – yang sebelum ini merupakan sebuah sungai.

 

Tambahnya, denda RM500 perlu dikenakan dan denda ini perlu dinaikkan terhadap individu yang didapati bersalah membuat kesalahan yang sama berulang, kata bekas penjawat awam itu dan menggesa pihak berkuasa supaya bertindak lebih tegas.

 

“Dulu sungai ni bersih, tetapi sekarang sangat kotor dan sekiranya pelancong datang, ia memberi imej tidak baik kepada kita,” kata Muthu, 73.

 

Dia turut menggesa pihak kerajaan tempatan untuk memastikan longkang itu dibersihkan setiap hari. – Rakyat Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.