Jenazah Allahyarham Nik Aziz Selamat Dikebumikan

Urusan pengebumian jenazah Allahyarham Nik Aziz telah selamat dilaksanakan kira-kira jam 11 pagi tadi. Jenazah disemadikan bersebelahan pusara bapanya, Nik Mat Raja Banjar.

 

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang adalah antara pimpinan PAS yang diberi penghormatan menurunkan jenazah ke liang lahad.

 

Sebelum itu jenazah diusung dari Masjis Tok Guru melalui Jalan Long Sulaiman ke kawasan perkuburan berhampiran sekitar jam 10.40 pagi dan terpaksa melalui kesesakan orang ramai yang berasak-asak untuk memberi penghormatan terakhir.

 

Suasana sebelum dan semasa pengebumian dilaporkan sedikit kecoh di bawah khemah tempat jenazah Allahyarham Nik Aziz mahu disemadikan apabila berlaku tolak menolak di kalangan orang ramai dengan anggota Unit Amal dan pihak media.

 

Bacaan doa dan talkin diketuai Abdul Hadi Awang dalam suasana sedih dan hiba.

 

Antara kenamaan yang sempat memberi penghormatan terakhir termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir. Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.