Foto Awan Kalimah Allah: “Jangan Buat Tafsiran Sendiri, Elak Sikap Taksub”

Satu rakaman foto yang dikatakan memaparkan imej kabur tertera kalimah Allah yang terbentuk dari kepulan awan putih kini sedang viral di laman sosial Facebook dan pesanan mesej applikasi Whatsapp.

 

Foto itu memperlihatkan suasana di Masjid Tok Guru ketika rakyat bersesak datang memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Datuk Nik Aziz.

 

Tinjauan di laman sosial mendapati terdapat foto yang tertulis kalimah Allah dari awan itu telah dibandingkan dengan foto yang sama yang didakwa rakaman asal.

 

Tidak diketahui mana satu foto yang telah diubah suai dan yang mana satu foto rakaman asal.

 

Antara Dua Gambar - Photoshop & Original

 

Seorang pemimpin Pas Pusat yang enggan namanya disiarkan ketika diminta mengulas mengenai foto kalimah Allah menegaskan ketika suasana sedang sedih begini seharusnya orang ramai tidak membuat tafsiran sendiri.

 

“Saya kadang-kadang bimbang tengok ada penyokong terlalu ke depan buat tafsiran ikut hati angkat berlebihan takut (jadi) taksub, takut tergelincir.

 

Betul (atau) salah gambar itu saya tak nak katalah, Allah yang tahu tapi biar sederhana,” katanya sambil meminta orang ramai terus memanjangkan doa dan bacaan ayat suci Al-Quran untuk disedekahkan kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz.

 

Dalam perkembangan berkaitan, satu lagi foto yang viral sebelum ini dan didakwa sebagai jenazah Allahyarham Datuk Nik Aziz disahkan palsu sebaliknya foto tersebut memaparkan jenazah Allahyarham Ustaz Yahya Othman. (Baca di sini)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.