Atuk 60 Tahun Dicekup Kerana Gian Dadah

Kuantan – Oleh kerana terlalu gian dan ketagihan dadah, seorang lelaki berusia 23 tahun turut membawa anak perempuannya yang berumur dua tahun untuk membeli dadah di satu kawasan sarang penagih di Tanjung Lumpur.

 

Namun, kanak-kanak itu yang ditinggalkan di atas motosikal semasa bapanya membuat urusan, diselamatkan oleh anggota polis yang sedang menjalankan ‘Ops Sarang’.

 

“Kanak-kanak perempuan berkenaan kemudian diserahkan semula kepada keluarganya,” kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh.

 

Lelaki berumur 23 tahun itu adalah antara 65 orang yang dipercayai penagih dadah yang ditahan dalam operasi berkenaan, yang turut menyaksikan seorang lelaki warga emas berusia 60-an turut ditahan.

 

Selain itu, seorang suspek berusia 30 tahun yang berada dalam senarai orang dikehendaki polis kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah turut ditahan.

 

Operasi yang bermula sejak jam tiga pagi kelmarin dan berakhir jam enam petang semalam membabitkan 45 anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.