Susah Payah Kit Siang #donebackup, Malangnya Terkena Kona Baring PKR, Sindir Najib

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir Pakatan Harapan (PH) ekoran pemimpin-pemimpinnya sering kali membuat kenyataan tidak senada antara satu sama lain sehingga ‘memangsakan’ sekutu sendiri.

Kata Najib, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang adalah ‘mangsa’ terbaru kepada kenyataan pusingan U sekutunya sendiri iaitu PKR.

“Dua hari dahulu, PKR bertegas bahawa mereka tidak pernah mengugut Tok Batin.

“Semalam, Kit Siang sanggup kelihatan seperti bisu dan buta apabila bersungguh-sungguh untuk ‘backup’. 

“Dia membuat kenyataan bahawa tidak ada bukti bahawa PKR pernah ugut Tok Batin walaupun terdapat rakaman audio yang tersebar luas.

“Hari ini, PKR meminta maaf pula kerana pernah ugut Tok Batin. Susah payah Kit Siang #donebackup hingga sanggup hilang kredibiliti. 

“Tapi malangnya, dia terkena konar baring keesokan hari,” sindirnya dalam satu hantaran di Facebook.

Kit Siang semalam mempertahankan Bob Manolan Mohd dan berpendapat senator PKR itu tidak membuat sebarang kesalahan sekiranya beliau hanya mahu membangkitkan persoalan yang tok batin tidak wajar mendapat gaji kerajaan persekutuan sekiranya masih jadi ketua bahagian UMNO.

Malah Kit Siang juga berkata, pemimpin lain PH yang bersama-sama Bob Manolan dalam sesi pertemuan dengan tok batin Orang Asli di Cameron Highlands tidak mendengar beliau ‘mengugut’ golongan berkenaan.

Bagaimanapun PKR, yang diwakili Naib Presidennya, Tian Chua dalam kenyataan terbaru hari ini tampil memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli susulan kenyataan senator tersebut.

Kelmarin, Bob Manolan dalam satu sesi dialog wakil rakyat PH bersama 18 tok batin di Pos Betau, Cameron Highlands berkata pemimpin masyarakat itu mungkin kehilangan gaji dan jawatan jika tidak mengundi kerajaan persekutuan pada pilihan raya kecil parlimen itu, 26 Januari ini.

“Batin ini memang dibayar oleh kerajaan pusat, maka itu batin kena sokong Pakatan Harapan. Tak sokong kita buang.

“Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia,” katanya dipetik ketika sesi dialog tersebut, di mana rakaman audio ucapan itu turut tersebar.

Ucapannya yang didakwa berbaur ugutan itu mengundang kritikan pelbagai pihak bukan saja pembangkang, malah daripada pro PH sendiri. -SuaraTv 

One thought on “Susah Payah Kit Siang #donebackup, Malangnya Terkena Kona Baring PKR, Sindir Najib

  • January 14, 2019 at 10:17 am
    Permalink

    Usah komen sindir lebih2 ..sgt!! Cuba tumpu bicara nanti??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.