“Betul Ke Beri Wang? Periksa Dulu,” Kata Wan Azizah

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu semua pihak tidak membuat sebarang andaian berhubung gambar yang didakwa pemberian rasuah ketika kempen pilihan raya Cameron Highlands.

“Betul ke? Anda tak boleh (nampak) orang beri (wang) dan ambil gambar.

“Kamu perlu periksa dulu. Tolong,” katanya kepada media pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Positif 2019 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini.

Gambar yang tular di media sosial itu menunjukkan seorang wanita yang memakai baju Pakatan Harapan sedang memberikan sesuatu dipercayai wang tunai kepada beberapa anak muda Orang Asli.

Tindakan itu didakwa netizen seperti cuba merasuah dan ia digunakan parti lawan sebagai bahan kempen pilihan raya. – Awani

One thought on ““Betul Ke Beri Wang? Periksa Dulu,” Kata Wan Azizah

  • January 14, 2019 at 10:24 am
    Permalink

    Ada2 saja nak buat kontroversi ni semua fitnah?? Apa korang dapat ha?? Yg ambil gambar dan pos kat media apa tujuan korang??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.