Malaysia Dilanda Cuaca Sejuk

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan beberapa kawasan di negara ini terutama di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu dengan Kuala Pilah di Negeri Sembilan merekodkan suhu paling rendah pada 21 darjah Celsius sejak tengah malam hingga awal pagi semalam.

Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata, keadaan itu adalah fenomena biasa ketika musim Monsun Timur Laut.

Menurutnya, cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk Monsun Timur Laut merupakan antara faktor cuaca sejuk yang me­landa beberapa negeri di Semenanjung sejak kelmarin.

“Cuaca sejuk ini berlaku ter­utamanya di kawasan pedalaman dan daratan.

“Stesen meteorologi dari selatan Semenanjung hingga ke Johor mencatatkan suhu mini­mum 21 darjah Celsius dan maksimum 25 darjah Celsius berban­ding suhu biasa bermula 30 darjah Celsius,” katanya, lapor Bernama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.