VIDEO: Bergaduh Kerana Bayaran ‘Parkir’, Ahli Parlimen DAP DiKecam Hebat

Kuala Lumpur – Rakaman video Ahli Parlimen DAP-Tanjong, Ng Wei Aik yang bergaduh kakitangan syarikat parkir (letak kereta) menjadi viral di media-media sosial sejak semalam.

 

Majoriti pengguna media sosial mempertikaikan tindakan biadap Wei yang disifatkan berlagak kerana ingin ‘tunjuk kuasa’ sebagai ahli parlimen.

 

 

Berikut adalah antara komen yang diterima melalui Facebook ‘Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia’ berhubung kejadian tersebut:

 

Zulfarizal Azlan: Sebenarnye die ni saje nak tunjuk power die sbgai ahli politik..tapi x kena tmpt nk tunjuk power..gaya cmtu nk menunjukkan yg die tu taiko..

 

Suzie Suparno Menyusahkan org lain jer. Len kali naik bas jer la x payah parking tempat mahal. Nak layanan VVIP tapi nak free…apa jadi dgn manusia ni

 

Ejonn Khairi: Ni namanya bahlol tahap gaban.cari publicity murahan.dia x nak byr,buat mcm marhain yg lain.jgn le bg keta dia keluar parking.klau aku manager parking pon sorry le nak layan.

 

HamDan Aff: Puih politik sampah

 

Mohd Razali: Ini kes minum lah ni. Dah mabuk, otak pun xboleh pikir.. Bodohh

 

Shuk Hernandezz: Hebat sangat ke kalau ahli parlimen???

 

Ikhwan Matzain: haha… psal parking pn nk bsing2… lain kali naik basikal je.. bodoh… akal xdak… org lain bayar ok je.. xda nk kecoh2… saje nk cri psal… politik2….

 

Menurut sumber SuaraTV dalam kejadian pada Jumaat lalu itu, Wei dikatakan tidak berpuas hati dengan kadar bayaran RM10.00 yang dikenakan untuk kenderaannya yang diletakkan di Penang Times Square.

 

Di dalam rakaman berdurasi selama 2 minit 44 saat itu, Wei turut dilihat memarahi kakitangan syarikat tersebut dan enggan mendengar sebarang penerangan yang cuba disampaikan.

 

Terkejut dengan tindakan Timbalan Presiden Penang Voluntary Patrol Unit (PPS) itu, kakitangan syarikat segera menghubungi pihak polis bagi mententeramkan keadaan.

 

Namun dua anggota polis yang tiba di tempat kejadian turut dimarahi oleh Wei apabila diminta segera menjelaskan bayaran yang dikenakan.

 

Menurut kakitangan syarikat parkir yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, kadar bayaran yang dikenakan berbeza mengikut lokasi yang ditetapkan.

 

“Untuk parkir di tingkat bawah (basement) kadar yang dikenakan sebanyak RM10.00 manakala untuk kenderaan yang diletakkan di luar (outdoor) kadar yang dikenakan sebanyak RM5.00” ujar kakitangan yang enggan mendedahkan identitinya itu.

 

Tidak tahan dengan kerenah ahli parlimen DAP itu, kakitangan parkir akhirnya terpaksa mengalah dan membenarkan Wei mengambil kenderaannya tanpa mengenakan sebarang caj bayaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.