Umie Redha, Kehilangan Hadiah Perkahwinan Yang Dilelong Sebagai Dugaan Dari Tuhan

Kuala Lumpur – Pelakon terkenal, Datin Paduka Umie Aida reda dengan isu lelongan kondominium penthouse milik suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di Mont Kiara di sini dan menganggap ia sebagai satu dugaan daripada Tuhan.

Katanya, beliau pasrah dengan kehilangan hadiah perkahwinannya itu dan akan terus berdiri teguh di belakang Khairuddin.

“Sudah namanya kehidupan, ia pasti penuh dugaan.

“Tuhan menduga setiap manusia dengan ikut kemampuan. Saya dan keluarga saya diduga dan sebagai isteri, saya akan tetap menyokong suami saya selama-lamanya,” kata Umie Aida ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Umie Aida yang juga adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima itu bernikah dengan Khairuddin pada 14 Mac 2010 di Mekah, Arab Saudi.

Sabtu lalu, unit kondominium mewah di kawasan kediaman elit Mont Kiara milik Khairuddin yang juga Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu dilelong pada Lelongan Mega CIMB di Hotel Istana, Kuala Lumpur. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.