Tony Kirim E-Mail Peribadi Kepada Pelanggan, Zahirkan Keperihatinannya Terhadap Mangsa Nahas

Kuala Lumpur – Tan Sri Tony Fernandes hari ini mengirimkan e-mail peribadinya kepadaelanggan bagi menzahirkan keprihatinan pihak syarikat penerbangan tambang murah itu kepada keluarga mangsa nahas pesawat QZ8501.

 

Menerusi laman sosial Twitter yang dipercayai milik waris keluarga yang terlibat dalam insiden tersebut, mereka tersentuh dengan usaha Tony dan pihak pengurusan syarikat itu yang komited dalam memberi sokongan kepada mereka.

 

Kandungan surat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu yang ditandatangani oleh Tony sendiri beserta hashtag #togetherwestand menyatakan perkongsian kesedihan, penghargaan kepada mereka yang memberi sokongan dan mengajak semua pihak mendoakan mangsa nahas pesawat malang itu.

 

Tony berkatasejak 13 tahun beroperasi,  insiden membabitkan pesawat QZ8501 menjadi sesuatu yang paling sukar dalam hidupnya sejak syarikat penerbangan.

“Saya mahu menyampaikan rasa terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan kepada pihak kami. Semua ucapan dan kata-kata semangat daripada anda ternyata memberi kekuatan kepada kami untuk menjadi lebih baik. Kami akan terus menyalurkan perkembangan terkini sepanjang proses siasatan.

 

“Usahlah bimbang, kami komited untuk menilai semula dan menambah baik produk serta prkhidmatan kami.

 

“Walaupun dalam masa-masa yang paling sukar, kami akan terus menjadi yang terbaik di dunia dan lebih baik untuk anda.

 

“Bersama keseluruhan 17,000 AirAsia Allstars, kami memohon anda bersama kami mendoakan keluarga dan orang yang dikasihi mereka yang berada dalam pesawat QZ8501,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.