Suami Berang, Tetak Dan Bakar Isteri Hidup-Hidup Kerana Enggan Beri Duit Beli Dadah

Kota Kinabalu – Seorang suami sanggup bertindak di luar batas perikemanusiaan apabila bukan sahaja menetak isterinya berulang kali, malah membakar hidup-hidup wanita berkenaan sehingga mati di sebuah rumah di perkampungan air Kampung Pondo, Pulau Gaya dekat sini semalam.

 

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Darwina Tatuh, 54, diperlakukan sebegitu hanya kerana enggan memberikan wang kepada suspek berusia 30an dipercayai bagi membeli dadah jenis syabu.

 

Turut menjadi mangsa amukan suspek adalah anak angkat lelaki pasangan terbabit dikenali sebagai Randi, 6, yang cedera parah ditetak di tengkuk, belakang kiri badan serta hampir putus pergelangan tangan kirinya.

 

Menurut sumber polis, sebelum kejadian suspek dikatakan sudah empat hari tidak melelapkan mata akibat ketagih syabu.

 

Katanya, suspek yang ingin melepaskan giannya itu kemudiannya telah me­minta kepada isterinya sedikit wang untuk membeli dadah .

 

“Permintaan suspek bagaimanapun ditolak oleh isterinya dan berlaku pertengkaran antara mereka.

 

“Suspek kemudian hilang pertimba­ngan dan mengambil pisau pemotong daging sebelum menetak isterinya berulang kali,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.