Siti Nasihatkan Peminat Jangan Terlalu Obses Kepada Artis Hingga Melampaui Batas Agama

Kuala Lumpur – Dato Siti Nurhaliza memberikan sedikit komen berkaitan peminat-peminat yang begitu obses kepada artis sehingga melampaui batas agama supaya lebih peka terhadap sensitiviti itu.

Penyanyi no 1 tanah air itu berkata demikian berhubung dengan video yang memeparkan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk oleh anggota sebuah kumpulan Kpop yang mengadakan konsertnya di Malaysia baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, beberapa gadis negara ini dilihat merelakan diri dipeluk mesra dan dicium artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu menjadi viral di media sosial.

Menurut Siti lagi, dalam situasi tersebut selain peminat, pihak penganjur juga harus lebih sensitif dengan program yang dianjurkan lebih-lebih lagi yang melibatkan peminat yang berhijab.

“Saya terkejut dengan perkara ini, tak salah meminati tetapi peminat harus peka dengan batas-batas sebagai seorang Islam bila bertemu artis pujaan.

Sepatutnya penganjur perlu awasi sensitiviti di negara ini. Ada budaya dan batas yang perlu mereka ambil tahu lebih-lebih lagi menganjurkan aktiviti pentas yang membabitkan peminat bertudung. Penganjur perlu terangkan kepada artis anjuran mereka, lebih-lebih lagi dari luar negara” kata Siti yang ditemui di majlis sambutan ulangtahunnya yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

 

Bagi Siti, dia amat memahami perasaan  peminat,namun beliau berharap agar sebagai gadis Melayu terutamanya beragama Islan adalah lebih manis untuk menjaga tatasusila di mana pun berada.

“Saya faham, memang saya sendiri pernah bertemu peminat yang sangat obses dengan saya. Ada yang sampai menggigil dan menggeletar.

Cuma sebagai artis, saya sendiri akan menjaga batas lebih-lebih lagi melibatkan peminat lelaki,” tambah Siti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.