QZ8501 : Jokowi Rakam Ucapan terima Kasih Kepada Pasukan Tentera Nasional Indonesia

Jakarta – Presiden Indonesia Joko Widodo bersyukur kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah ditemui dan berharap teka-teki penyebab tragedi berkenaan terjawab.

 

“Kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah ditemui. Semoga penemuan ini akan menjawab teka-teki penyebab jatuhnya pesawat,” katanya menerusi laman Facebooknya.

 

Beliau turut menghargai pasukan penyiasat terbabit dalam proses pencarian mangsa tragedi berkenaan tanpa kenal penat lelah.

 

“Terima Kasih untuk Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral Moeldoko dan pasukannya yang bekerja tanpa kenal penat lelah sepanjang pencarian mangsa dan mencari kotak hitam pesawat,” katanya.

 

AirAsia Indonesia QZ8501 hilang dari radar pada 7.24 pagi WIB ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya menuju Singapura hingga mengorbankan 162 penumpang termasuk kru kabin.

 

Setakat hari ini, pasukan SAR sudah menemui 48 mayat penumpang dan 35 antaranya sudah dikenal pasti identiti. – Metrotvnews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.