Mayat Lelaki Tanpa Identiti Dibungkus Cadar Ungu Ditemui Dalam semak

Bukit Mertajam – Mayat lelaki tanpa identiti ditemui dalam keadaan berbungkus dengan cadar warna ungu dan kain di dalam semak berhampiran kilang kayu di Jalan Ara Kuda, di sini, 8.30 pagi tadi.

 

Siasatan mendapati tempat kejadian adalah kawasan semak samun bersebelahan ladang kelapa sawit serta jauh dari jalan besar serta pandangan orang ramai.

 

Sepasukan polis termasuk unit forensik dan anjing pengesan bergegas ke tempat kejadin sebaik menerima maklumat daripada orang ramai.

 

Pemeriksaan awal fizikal mayat tidak menjumpai apa-apa kecedaraan fizikal dan tiada unsur jenayah.

 

Mayat berkenaan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.