VIDEO: Mama.. Mereka Kata Kat Adik.. Tak Ada Tangan

Dugaan Anak Istimewa, Ainaa Amanda Di Hari Pertama Persekolahan

 

Kuala Lumpur – Sesi persekolahan tahun ini yang bermula pada Ahad dan semalam menggambarkan keseronokan murid darjah satu di seluruh negara.

 

Walaupun ada sekolah yang ditangguhkan akibat banjir, namun rata-rata pelajar darjah satu tetap memulakan hari pertama di sekolah dengan ceria.

 

 

Namun satu video yang ‘viral’ di media sosial kini menggambarkan sebaliknya.

 

Video berdurasi 3 minit 23 saat menunjukkan keletah pelajar darjah satu yang dilahirkan kudung tangan kanannya, sejak lahir, Ainaa Amanda Shahzali di dalam kereta selepas hari pertama di persekolahan mampu membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya bersimpati dengannya.

 

Meskipun lahir dalam serba kekurangan, namun dia masih bersyukur dikurniakan kesihatan pancaindera hingga dia boleh menasihatkan rakan-rakan sekolahnya yang cuba mengganggu dan mengejeknya.

 

Video murid perempuan itu telah ditonton lebih 74,076 kali dan dikongsi lebih 8,142 kali oleh pengguna laman sosial, dengan 11,950 orang menyukainya.

Amanda yang memulakan pembelajaran darjah satu di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh Tobiar Pendang Kedah, dilihat begitu gembira walaupun mengakui ada pelajar yang mengganggunya di dalam kelas.

 

Katanya, rakan-rakan yang berada di sekolah B sering mengejeknya, dengan mengatakan dia seorang insan tidak sempurna, kerana kudung sebelah tangan.

 

“Tuhan bagi dekat saya, awak ni nanti kalau Tuhan bagi awak tak ada tangan baru tahu.

 

“Nanti awak tak ada tangan, Tuhan bagi awak tak ada hidung, tak ada mata, tak ada mulut, tak ada kaki, tak ada rambut sampai kepala botak,” katanya Ainaa.

 

Keluhan hati kanak-kanak itu kemudiannya disambut ibunya dengan pujukan dan kata-kata semangat bahawa dia adalah seorang yang bijak dan mempunyai wajah cantik, sambil berpesan kepadanya, jika ada orang yang mengata, anda harus balas dengan senyum sahaja dan berbuat baik tanpa membalasnya dengan kejahatan.

 

Meskipun, anaknya tetap mengeluh dengan nasib dirinya, namun ibunya masih berpesan bahawa apa yang dilakukan orang lain terhadap dirinya itu pasti akan mendapat pembalasan daripada Tuhan.

 

Video tersebut dimuat naik ibunya menggunakan profil Facebook Abby Hassan.

 

Menurut ibunya yang menggunakan nama Facebook, Abby Hassan, anaknya merupakan anugerah tuhan selepas 11 tahun melangsungkan perkahwinan.

 

“Dugaan dari Allah…setelah 11 tahun berkahwin Abby tidak dikurniakan cahaya mata. Pelbagai cara berubat Abby lalui. Setelah begitu pasrah Abby tak berubat apa apa lg..

 

“2008 abby dlm persiapan nak ke Mekah. Jadi abby ke klinik di USJ utk buat suntikan sebelum ke Mekah sbg memenuhi syarat yg ditetapkan. Ketika itu doktor tak tanya apa apa…just suntik.

 

“Then ..seminggu mau ke Mekah’, haid abby tak datang. Abby risau kalau nnt dtg masa di Mekah. So abby ke Klinik yg sama utk dapatkan ubat bg datang haid.

 

“Waktu tu doktor kata sebelum bg ubat dia kena check air kencing. Abby ckp pd doktor ..tak mgkin mengandung.sbb abby dah11 tahun kawin x dapat anak. Tp doktor suruh juga buat check air kencing.

 

“Then..masya allah. Doktor bersalam ngan abby. Katanya abby positif mengandung. Terkejut abby. Sujud syukur Abby Hassan waktu sebaik tiba dirumah,” kata Abby di dalam catatan terbaharunya di laman Facebook.

 

Sementara itu, catatan terbaharu di laman Facebook Ainaa Amanda Shahzali memaklumkan ada syarikat yang mahu menyumbangkan sarung tangan kepada Amanda.

 

“Sesungguhnya disebalik kekurangan ada kelebihan Allah nak bg. Syukur…ada insan2 perihatin nak bg set sarung tangan secara percuma kepada Amanda.

 

“Ya rabbi… kepadaMu ku panjatkan rasa syukur ini….,” jelas laman itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.