KL ‘Sangat Selamat’, Kata Datuk Bandar Selepas Ugutan Bom KLCC

Kuala Lumpur – Susulan ugutan bom di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) tiga hari lalu, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengatakan ibu kota Malaysia itu masih berada dalam keadaan “sangat selamat”.

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur itu bagaimanapun mengatakan kerjasama polis amat diharapkan untuk menjaga keselamatan KLCC selepas menerima ugutan bom tersebut.

 

“Kami sangat mengambil serius dalam perkara ini (ugutan bom) kerana ia boleh membawa kesan terhadap pelancongan di negara ini,” kata kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

 

Ditanya tentang perkembangan terbaru kes tersebut, beliau berkata, “Saya menyerahkan segala-segalanya kepada pihak polis.”

 

“Sekarang ini saya minta pihak polis buat siasatan dan pastikan tiada gangguan keselamatan.

 

“Kita perlu mengambil serius ( ugutan bom) kerana kita sangat serius dalam menangani masalah Isis (Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria), dan barangkali ia akan dikaitkan dengan keganasan,” katanya di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

 

Beliau juga menyifatkan individu yang menghantar ancaman tersebut sebagai seorang yang kurang siuman.

 

“Barangkali dia ingin menggertak saya hari itu. Tetapi ia perlu dipandang serius kerana apa-apa sahaja yang berlaku dan ia akan memberi kesan terhadap politik.

 

“Sebab itu saya tidak mahu kenyataan akhbar kerana bila dia katakan hendak bom KLCC, anda mesti faham bahawa Menara Berkembar Kuala Lumpur itu adalah bangunan ikonik Kuala Lumpur,” katanya.

 

Menurut akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST), ancaman yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan berhuruf besar itu menyatakan KLCC akan dibom sekiranya gagal memasukkan wang berjumlah RM10 juta ke dalam empat akaun bank.

 

Siasatan polis menunjukkan pemilik keempat-empat akaun bank tersebut dimiliki merupakan 4 individu yang berlainan dan polis percaya mereka tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan ancaman bom tersebut. – TMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.