Kieran Nafi Tinggalkan Hot FM Sebab Terima Tawaran Lumayan Dari Sinar FM

Kuala Lumpur – Spekulasi bekas deejay Hot FM iaitu Kieran, 40, yang meninggalkan stesen radio itu bulan lalu terjawab apabila dia mengesahkan untuk menyertai Sinar FM bermula Sabtu ini.

Namun kata Kieran, dia berhenti dari Hot FM bukan sebab tawaran lumayan Sinar FM, sebaliknya dia menarik diri selepas menyedari usianya sudah tidak sesuai untuk mengendalikan Hot FM yang lebih menyasarkan pendengar daripada golongan muda.

“Saya akan bekerja secara sambilan si Sinar FM bermula minggu ini, mereka memang tawarkan untuk buat fulltime tetapi saya tidak bersedia lagi.

Namun saya berhenti dari Hot FM bukan sebab tawaran lumayan Sinar FM, sebaliknya mereka buat tawaran selepas memgetahui saya sudah berhenti dari Hot FM

“Saya sudah fikir perkara ini sejak awal tahun 2014 kerana usia sudah lanjut dan tidak sesuai untuk berada dengan Hot FM. Sebelum mereka buang, baik saya berhenti sendiri,” ujarnya yang akan mengenadlikan slot di stesen radion berkenaan pada setiap hujung minggu sahaja.

Selain itu, kata Kieran, dia sudah ada perancangan untuk mencari sumber pendapatan lain iaitu mengusahakan perniagaan makanan sejuk beku, Kieran Food Products yang mula beroperasi pada Oktober tahun lalu

Dia juga sedang mengintai peluang dan mencuba nasib untuk menjadi pengulas sukan di Astro Arena atau mana-mana stesen televisyen yang berminat.

Kieran berkata, minat yang mendalam terhadap bidang sukan membuatkannya ingin lebih serius dalam bidang pengacara dan pengulas sukan.

“Saya sekarang tidak terikat dengan mana-mana stesen, jadi saya mencari peluang untuk jadi pengulas sukan di Astro Arena atau RTM,” ujarnya. – mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.