Kes Dera : Polis Tahan Ahli Perniagaan Wanita

Ipoh –  Polis menahan seorang ahli perniagaan wanita di rumahnya di Bercham, di sini, malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai didera.

 

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam, mengenai wanita warga asing berusia 25 tahun yang dipercayai didera selepas pemeriksaan perubatan mendapati terdapat kesan luka lama dan baru pada tubuh wanita berkenaan.

 

Menurutnya, pembantu rumah warga asing terbabit sebelum itu pada 6 Januari dihantar oleh orang awam ke Balai Polis Tambun, di sini selepas menemuinya dalam keadaan tidak bermaya dan cedera.

 

“Polis kemudian menghantarnya ke hospital untuk rawatan dan semalam doktor yang merawat mangsa membuat laporan polis selepas mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa yang dipercayai luka akibat di dera.

 

“Susulan itu, pada 9.30 malam tadi serbuan dibuat di kediaman wanita di Bercham dan polis turut merampas satu sterika bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

 

Menurutnya, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.