Kerenah Birokrasi Selangor Cubaan Memburukkan Imej Projek BN

Kerenah birokrasi kerajaan Selangor terhadap dua projek kerajaan Pusat di negeri itu dilihat satu cubaan memburukan imej Barisan Nasional (BN).

 

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerenah birokrasi melalui kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu seolah-olah mahu menggambarkan kerajaan Pusat tidak melakukan sebarang projek di negeri itu.

 

Kedua-dua projek itu ialah pembinaan Malaysia Institution Aviation Training (MIAT) di Subang dan pembinaan bangunan tambahan Maktab PDRM di Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor.

 

“MIAT merupakan satu projek MARA bernilai RM120 juta tetapi mereka (kerajaan negeri) minta peruntukan tambahan RM70 juta selain bayar premium ikut harga semasa bagi kawasan tak sebesar mana pun.

 

“Ia membantutkan projek dan hasrat mahu melihat anak-anak negeri ini ada pusat latihan penerbangan,” ujarnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 

Noh yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan UMNO Selangor itu memberitahu, projek kedua pula di Hulu Selangor pula sudah siap sepenuhnya tetapi tidak diberikan sijil layak menduduki (CF) oleh kerajaan negeri.

 

“Bangunan itu sudah siap pada 1 Mei lalu pada kos RM53 juta tetapi tidak dapat diduduki kerana tidak ada CF.

 

“Malah mereka (kerajaan negeri) mensyaratkan kos tambahan untuk tanggung kos buat jambatan di kawasan terletak kira-kira satu kilometer daripada kawasan pembinaan dan tidak ada kena mengena pun,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, Noh mengakui setiap PBT mempunyai kuasa berbuat demikian namun ia dilihat tidak selari dengan hasrat pembangunan negara. Justeru, beliau mengalu-alukan ketelusan yang diuar-uarkan MB Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali dan berharap ADUN Bukit Antarabangsa itu menyelesaikan kedua-dua projek kerajaan Pusat itu sekiranya beliau benar-benar mengutamakan rakyat.

 

“PBT ada kuasa Akta 135 boleh kenakan syarat di mana-mana peringkat tetapi kes kedua-dua projek itu seolah-olah sengaja melenggahkannya.

 

“Ini belum kes Institut Peladang di Tanjong Karang dan sebagainya yang terlalu banyak red tape.

 

“Kita dikenakan kos tambahan kalau dapat cari takpa kalau tidak terpaksalah kena tangguh,” katanya. Terdahulu, Noh berkata, melalui Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM10.52 bilion bagi 825 projek di Selangor.

 

Jumlah Pemberian Pusat Kepada Selangor-1

 

 

 

“Ia jauh lebih besar berbanding projek kerajaan negeri yang hanya libat RM1.9 bilion sahaja dalam Bajet 2015,” ujarnya. Kerajaan Pusat juga menyumbang sebanyak RM853 juta kepada kerajaan negeri berbanding RM808 juta pada tahun lepas. “Jika ada pihak mendakwa kerajaan Pusat tak sumbang kepada kerajaan negeri, ia satu tuduhan tidak benar,” katanya.–MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.