Keluarga Harmoni Pasangan ‘Gay’, Dalam Buku Teks Sekolah

Kuala Lumpur – Satu contoh mengenai keluarga harmoni di dalam buku teks di bawah segmen ‘Sejarah dan Kita’ mengelirukan bukan saja murid tetapi ibu bapa.

 

Keluarga Harmoni berkisar salasilah keluarga bermula daripada datuk dan nenek daripada dua keluarga yang dihubungkan oleh dua lelaki yang dipasangkan sebagai ibu bapa dan kemudian mendapat empat anak, iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

 

Mungkin tiada apa yang salah dalam salasilah di bahagian datuk dan nenek atau empat anak tetapi yang menjadi kemusykilan ibu bapa adalah mengapa dua lelaki yang dipasangkan?

 

Gambar keluarga harmoni itu menjadi viral di Facebook dan ada pengguna laman sosial yang secara berseloroh menyifatkan ia satu langkah menggalakkan ‘Melayu Liberal.’

 

Ada juga yang minta orang ramai tidak buruk sangka, bahawa empat anak itu adalah anak angkat pasangan ‘gay’.
Apapun, pihak yang bertanggungjawab perlu menarik balik buku teks ini dan membuat pembetulan di dalam segmen yang tertera sebegitu  untuk mengelakkan kekeliruan para murid dan menyusahkan guru yang pasti garu kepala untuk menjawab soalan: “Mana mak dia, cikgu?” – TRP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.