Gabungan Bank Mega Mungkin Dibatalkan

Kuala Lumpur – Hasrat gabungan bank mega antara tiga institusi kewangan, CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), RHB Capital Berhad dan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mungkin dibatalkan.

 

Menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber rapat dengan janji niaga itu, cadangan tersebut dikatakan sudah tidak wajar dalam keadaan industri yang tidak mengalakkan.

 

Menurut sumber itu satu lagi pengumuman rasmi berkaitan pembatalan akan diumumkan sebelum akhir minggu ini

 

Rancangan penggabungan tiga hala itu turut membabitkan pengambilalihan MBSB yang kemudian akan membentuk sebuah bank islam mega.

 

Data Bloomberg menunjukkan rancangan penggabungan itu adalah terbesar di Asia pada suku keempat tahun lalu.

 

CIMB dan RHB dikatakan mahu merundingkan semula butiran perjanjian itu yang dianggarkan bernilai RM72.5 bilion.

 

Saham CIMB naik 3.5 peratus dalam awal dagangan hari ini manakala RHB naik 0.9 peratus dan MBSB naik 3.2 peratus.

 

Menurut laporan itu lagi, RHB melalui kenyataan media rasmi menyebut masih belum ada perkembangan baru berkaitan cadangan itu dan sebarang kemaskini akan diumum.

 

The Edge Financial Daily menyebut beberapa faktor mempengaruhi keputusan itu antaranya keadaan ekonomi semasa yang lemah serta tuntutan RHBCap yang mahu menyemak semula terma.

Sumber yang dipetik oleh Financial Daily menyebut RHBCap mahu tunai dilibatkan dalam gabungan itu berbanding cadangan tukaran saham seperti sebelum ini.

 

Ini bermakna gabungan itu akan menjadi kos lebih tinggi buat CIMB.

 

Seorang penganalisis pasaran yang enggan dinamakan memberitahu cadangan gabungan akan tetap dijalankan meskipun gabungan tiga institusi itu dibatalkan kerana bank negara sememangnya mahu jumlah bank di malaysia dikecilkan.

 

Malaysia mempunyai lapan buah bank komersil pada masa ini dan menurut pakar, jumlah bank yang ideal bagi Malaysia adalah tiga ke empat buah bank. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.