BN Selangor Tiada Keperluan Isi Kekosongan Kerusi Pembangkang, Rujuk ‘Peraturan Dewan’ – Noh Omar

Shah Alam – Datuk Seri Noh Omar berpendirian, Barisan Nasional (BN) Selangor tiada keperluan untuk mengisi kekosongan kerusi pembangkang namun masih belum memutuskan perkara itu.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu,  UMNO merujuk kepada ‘Peraturan Dewan’ mengenai perkara berkenaan namun tiada syarat yang dinyatakan bagi mewajibkan untuk UMNO menerima jawatan tersebut.
Malah katanya di negeri-negeri lain tiada jawatan ketua pembangkang diwujud dan perkara itu tidak sesekali menjadi isu.
“Kita dah terima surat daripada speaker, Datuk Johan yang terima surat tersebut. Kita dah lihat tapi masih tiada keputusan.
“Kita lihat keperluan dalam peraturan dewan tiada dinyatakan. Lain-lain negeri ada juga tiada ketua pembangkang,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Umno hari ini.
Terdahulu, ADUN Sungai Burong Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang enggan menerima jawatan sebagai Pengerusi Kira-Kira Wang Awam(PAC) bagi negeri Selangor.
Beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor ekoran keengganannya menerima jawatan tersebut yang rata-rata dikuasai oleh wakil Pakatan Rakyat.
Keputusan itu diambil selaras dengan pindaan peruntukan undang-undang kerajaan negeri yang diluluskan minggu lalu, mewajibkan Ketua Pembangkang mengetuai PAC.
Katanya, lima daripada tujuh anggota PAC adalah ADUN Pakatan Rakyat, sekali gus mengekang jawatankuasa itu daripada pembuat keputusan-keputusan yang adil dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.
Shamsuddin berkata beliau tidak mahu menjadi Pengerusi PAC yang berupa boneka kepada PR dan menegaskan prinsip dan intergriti adalah lebih penting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.