Bekas Ketua Pengarah FINAS Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Datuk Mohd Shariff Ahmad, 63, meninggal dunia malam tadi kerana masalah jantung.

 

Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di sini pagi semalam dan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 malam.

 

Isteri Allahyarham, Datin Rusila Hashim dalam Facebooknya mengesahkan Allahyarham meninggal dunia malam tadi dan jenazah akan dikebumikan jam 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.