Bapa Lempar Bayi Dari Apartment Sebab Tidak Berhenti Menangis

Serbia – Seorang bapa telah melempar anaknya, seorang bayi perempuan keluar dari apartment yang didiaminya kerana bayi tersebut tidak berhenti menangis.

 

Nemanja Petroviv, 35, mendakwa dia tidak dapat tidur di apartmentnya sehingga pukul 5.30 pagi, kerana ‘bising’.

 

Oleh itu, dia dilaporkan berkata telah melemparkan bayi perempuannya yang berusia 15 hari keluar melalui tingkap.

 

Bayi malang yang dikatakan membuat ‘bising’ kerana menangis itu meninggal sejurus mencecah tanah.

 

Polis di Serbia berkata bapa tersebut ditahan kerana menyebabkan kematian bayi tersebut serta telah dihantar ke hospital psikiatri untuk dibuat pemeriksaan, menurut laporan portal mirror.co.uk.

 

Pegawai sedang menyiasat di mana ibu bayi berkenaan, ketika kejadian tersebut yang berlaku di apartmen mereka yang terletak di Belgrade. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.