Bajet 2015 Mungkin Distruktur Semula, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Bajet 2015 mungkin distruktur semula, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“Saya akan keluarkan kenyataan (mengenai perkara ini) minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas menerima bantuan banjir dari China di sini hari ini.

 

Najib telah ditanya sama ada kerajaan akan membuat peruntukan semula bajet tahun ini berikutan beberapa kejadian besar yang tidak dijangka seperti kejatuhan harga minyak global serta banjir yang melanda pantai Timur Semenanjung Malaysia.

 

Sebelum itu, Najib menerima bantuan berkenaan daripada Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

 

Antara bantuan itu ialah 2,950 buah khemah, 220 set janakuasa,, 400 pam air dengan kapasiti 1.1 kilowatt, 45 gulung hos air dan 60 set perawat air dengan kapasiti 500 liter sejam.

 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa turut hadir di majlis itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.