2 Janin Kembar Berusia 7 Bulan Ditemui Di Kampung Air

Sandakan – Dua janin yang disyaki kembar ditemui di kawasan laut Kampung Air Jalan Bokara dekat sini hari ini.

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali berkata, kedua-dua janin berkenaan bersifat perempuan dan berumur dalam lingkungan enam atau tujuh bulan yang ditemui pada jarak satu kilometer antara satu sama lain.

 

Beliau berkata janin pertama ditemui kira-kira pukul 9.20 pagi terapung di atas air laut di bawah Jambatan 5 manakala satu lagi ditemui di persisir pantai Jambatan 1 sejam kemudian.

 

Kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Duchess Of Kent.

 

Fadzil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini agar menyalurkannya kepada polis di talian 089-212222 atau 089-242222. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.