14 Maut, Berpuluh Sakit Teruk Akibat Keracunan Arak

India –  Sekurang-kurangnya 14 orang mati akibat keracunan arak dan berpuluh lagi sakit teruk selepas mengambil minuman keras berkenaan di wilayah Uttar Pradesh, utara India, kata polis.
Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Kharta, pinggir Lucknow.
“Setakat ini, 14 orang mati dan kira-kira 24 lagi sedang dirawat di pusat kecemasan Universiti Perubatan King George,” kata Ketua Polis Negara, A Satish Ganesh.
Sehubungan itu, media tempatan melaporkan 100 orang dilaporkan sakit akibat keracunan arak termasuk kebanyakannya dalam keadaan serius. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.