12 agenda Proklamasi Orang Melayu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Proklamasi Orang Melayu mengemukakan 12 agenda perjuangan antaranya lemahnya Melayu sehingga kedaulatan tanah air ini pun bakal terlepas daripada tangan mereka.

Sekretariat Proklamasi Orang Melayu hari ini melancarkan kempen atas talian untuk mengumpul tandatangan orang ramai.

Katanya, kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu akan agenda perjuangan bangsa dan tanah air yang perlu diberi perhatian sewajarnya.

“Kempen ini akan berjalan berterusan agar ia sampai kepada seluruh orang Melayu yang cintakan tanah air,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Proklamasi Orang Melayu itu juga menyebut bahawa orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini. Gerai-gerai kecil mereka pun sudah diambil orang.

“Malah mutakhir, satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik juga terlucut dari tangan mereka.

“Nasib orang Melayu kini dan akan datang tidak lagi dapat ditentukan oleh mereka.

“Puncanya kerana kecuaian pemimpin Melayu sendiri,” katanya.

Selain itu turut digariskan dalam dokumen itu, parti Melayu atas nama Agama, Bangsa dan Negara sudah diseleweng menjadi parti untuk memewahkan diri.

“Rebutan jawatan dan wang telah menjahanamkan perpaduan bangsa Melayu.

“Masa depan Melayu kini amat gelap.Kemiskinan memaksa orang Melayu menjual tanah-tanah mereka,” ujarnya.

Tegas proklamasi itu lagi pemulihan bangsa Melayu hanya akan berjaya jika mereka kembali bersatu.

“Menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan dan bukannya perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak lagi relevan.

“Justeru, kita menyeru supaya diketepikan kepentingan parti dan diri sendiri.

“Bertautlah semula, demi Agama, Bangsa dan Negara,” serunya lagi.

Susulan proklamasi itu sekretariat itu mengajak orang ramai agar menurunkan tandatangan jika sayangkan bangsa Melayu.

Kredit foto: Youtube

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat