Ahmad Faizal Kemuka Beberapa Nama ADUN Bersatu Untuk Jawatan Exco Perak

IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mencadangkan beberapa nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti berkenaan untuk dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak.

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan percaya beliau akan membawa nama-nama ini untuk dipersembah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan kita harap yang terbaik,” katanya kepada pemberita pada Kempen Hijaukan Bumi Kita, Selamatkan Generasi Akan Datang anjuran Ahli Majlis Zon Pasir Pinji di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau sendiri akan dilantik sebagai seorang exco, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang berkata kemungkinan besar beliau tidak akan memegang jawatan itu dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata beliau akan memfokuskan tugas sebagai Ahli Parlimen Tambun dan ADUN Chenderiang.

Khamis lepas, empat daripada lima ADUN yang mengangkat sumpah adalah lantikan semula iaitu Datuk Zolkafly Harun (BN-Lintang); Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (BN-Bota).

Bagaimanapun, hanya seorang ADUN dari Bersatu yang dilantik iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik) adalah muka baharu.

Barisan Exco Perak terbubar selepas Ahmad Faizal meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada 5 Dis lepas, setelah gagal mendapat sokongan menerusi usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ sehari sebelum itu.

Menerusi usul yang dibawa oleh Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) pada persidangan DUN, Jumaat lepas, Ahmad Faizal hanya memperoleh 10 undi sokongan berbanding 48 menentang manakala satu berkecuali.

DUN Perak mempunyai 59 kerusi dengan UMNO memiliki wakil terbanyak 25 kerusi, diikuti DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

– BERNAMA

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

BBC, Majlis Pembangkang Selangor Sokong Persidangan Dun Diadakan Segera

KUALA LUMPUR: Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Maut Ketika Tukar Tayar Jentera Berat

IPOH: Seorang pekerja pusat servis tayar maut selepas sekeping besi gandar terpelanting lalu terkena mukanya ketika menukar tayar jentera berat di Kawasan Perusahaan Menglembu...