Mukhriz Enggan Ulas Kenyataan Anak Anggap Himpunan Bantah ICERD Menjijikkan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir enggan memberi sebarang komen susulan kenyataan anak perempuannya yang menyelar himpunan bantah ICERD di ibu kota pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Hmetro, Menteri Besar Kedah itu hanya tersenyum dan menggelengkan kepala apabila diajukan soalan mengenai kritikan netizen terhadap kenyataan Melia Serena Mukhriz berkaitan himpunan itu.

Pada Sabtu lalu, Melia Serena menerusi status di Instagram Story mengecam dan menyifatkan himpunan bantah ICERD yang dihadiri ratusan ribu orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera itu sebagai menjijikkan dan mengecewakan.

“Menjijikkan. Silakan terasa, saya tak peduli. Sangat mengecewakan.”

“Wawasan 2020 musnah disebabkan kamu semua,” kata anak Mukhriz itu pada Sabtu lalu, sebelum bertindak memadamnya beberapa jam kemudian.

Ekoran status tersebut, Melia Serena menerima kritikan daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan anak Mukhriz itu.

Hmetro turut melaporkan, selepas dikritik hebat oleh netizen, Melia Serena kemudiannya memuat naik satu status melahirkan kekecewaan terhadap bangsanya sendiri yang menurutnya penuh kebencian, diskriminasi dan pembuli.

Sabtu lalu, pelbagai NGO dan parti politik mengadakan himpunan aman besar-besaran sebagai penegasan menolak sebarang usaha untuk meratifikasikan ICERD demi mengelakkan hakisan hak orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera serta kepentingan agama Islam.

Isu meratifikasikan ICERD mula dibangkitkan oleh Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy pada Oktober lalu apabila Bernama melaporkan beliau mengesahkan kerajaan PH komited meratifikasikannya selaras dengan manifesto PH.

“Saya ingin menyatakan bahawa meratifikasi konvensyen-konvensyen ini termasuk ICERD adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Komitmen ini bukan sahaja diberi oleh saya tetapi juga Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Mujahid Rawa. Ia diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini,” katanya, dipetik dari Bernama. – SuaraTV

Berita Berkaitan;-

Sukar Untuk PH Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah ICERD – Sin Chew Daily

Himpunan Bantah ICERD Mesej Jelas Jangan Gugat Hak Orang Melayu, Agama Islam – Dr Teo Kok Teong

Tiada Kereta Peronda Polis Diterbalikkan, Himpunan Bantah ICERD Berlangsung Aman

Anwar Akui Ratifikasi ICERD Ditangguh, Bukan Dibatalkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.