Sanggup Mempertaruhkan Nyawa Demi Keluarga, Lelaki Tua Ini Jual Ais Krim Di Tengah Laut

MANILA – Seorang bapa sanggup mempertaruhkan nyawa demi keluarganya. Lelaki yang berasal dari Filipina nekatdmenjual ais krim di tengah laut demi menyara keluarganya.

Kisah tersebut dimuat naik oleh  Abbey Ann Hernandez dalam akaun Facebooknya.

Dia memuat naik beberapa gambar serta mendedahkan kisah di sebalik gambar tersebut. Pada mulanya, Abbey dan keluarganya sedang bercuti  di sebuah tempat pelancongan.

Dia kemudian menaiki perahu dengan keluarganya. Dalam gambar itu kelihatan seorang lelaki yang sudah tua  terapung di atas laut dengan kotak yang terdapat gambar ais krim.

Bapak Penjual Eskrim

Ketika pertama kali melihat lelaki tua itu di tengah laut, dia menyangkakan lelaki tua itu hanya berenang ke arah mereka.

Tapi setelah hampir,  mereka terkejut kerana lelaki tua  itu menjual ais krim di tengah laut. Dia kemudian membeli beberapa ais krim yang dijual lelaki tersebut.

Setelah menjual ais krimnya, lelaki itu kembali ke tengah laut.  Dirinya seperti menunggu hingga ada kapal lain yang lalu dan menawarkan ais krim yang dijualnya.

Melihat perkara tersebut, ramai netizen memuji lelaki tua itu. Meskipun sudah tua, dirinya tetap mahu bekerja demi keluarganya.

Dia sanggup mempertaruhkan nyawanya hanya untuk wang yang jumlahnya tidak seberapa.

Netizen juga berharap  mendapatkan maklumat mengenai lelaki tua itu supaya mereka boleh membantu dia dan keluarganya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.