Najib Ke Istanbul Hadir Sidang Luar Biasa OIC Berkaitan Baitulmuqaddis

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang dalam perjalanan ke Istanbul, Turki bagi membawa suara umat Islam Malaysia berkenaan isu Baitulmuqaddis di Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan berlangsung esok.

Najib melalui laman Facebook miliknya meminta rakyat mendoakan perjalanannya tersebut.

“Bismillah. Saya dalam perjalanan ke Istanbul, membawa suara umat Islam Malaysia berkenaan isu Baitulmuqaddis ke Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC. Sama-sama kita doakan, insya-Allah”, katanya.

Rabu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel bagi menunaikan janji pilihan rayanya berhubung pemindahan Kedutaan Besarnya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

OIC dijadualkan mengadakan persidangan khas bagi membincangkan kesan pengiktirafan tersebut di Istanbul, esok. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.