Mahathir Keliru, Kena Belajar Jadi Pembangkang, Kata PAS

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamad disarankan untuk belajar menjadi pembangkang agar beliau tidak keliru dengan identitinya yang bukan lagi pemimpin kerajaan.

 

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, mantan Perdana Menteri itu perlu mengingatkan dirinya bahawa beliau kini merupakan pemimpin pembangkang dan bukan lagi Perdana Menteri untuk mengaturkan sesiapa.

 

“Beliau (Mahathir) yang keliru, bukan Pas…kita minta dia belajar jadi pembangkang dahululah beliau baru mula nak masuk padang jadi pembangkang, mungkin dia perasan beliau masih lagi jadi PM itu.

 

“Jadi beliau bercakap seoalah-olah nak caturkan orang, kena ingat beliau label pembangkang sekarang,” katanya, memetik laporan Sinar Online, hari ini.

 

Dr Mahathir semalam berkata PAS adalah parti yang keliru apabila menolak untuk bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

 

Beliau turut berkata PAS menolak kerjasama dengan DAP dan Amanah namun dalam masa yang sama di Selangor dua parti tersebut juga merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri.

 

“PAS mungkin keliru tapi mereka perlu buat keputusan sama ada ingin bersendirian, bersama Umno atau dengan Pakatan Harapan,” katanya ketika menghadiri Konvensyen Nasional Amanah 2016, di Shah Alam, semalam. – BeritaDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.