Gol Ajaib Faiz Subri Catat Tontonan Lebih 2 Juta Di YouTube

SHAH ALAM – Gol ajaib yang dijaringkan Mohd Faiz Subri akhirnya mencecah tontonan lebih 2 juta di laman Youtube, hari ini.

 

Gol tersebut yang dicalonkan untuk anugerah prestij, Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mencatatkan tontonan 2,004,351 setakat jam 1.30 tengah hari ini.

 

Jumlah tontonan itu sekaligus meninggalkan dua lagi pencabar utama Faiz, Johnath Marlone dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

 

Gol jaringan Marlone mencatatkan jumlah tontonan 1,278, 208, manakala Daniuska mencatatkan tontonan sebanyak 992, 194.

 

Faiz mencipta jaringan ajaib yang dikatakan ‘melanggar hukum fizik’ itu ketika perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang pada 16 Februari 2016.

 

Pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland, pada 9 Januari tahun depan. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.