Walaupun Rasa Tidak Bersalah, Muhyiddin Harus Mohon Maaf – Alwi

KUALA LUMPUR – Perwakilan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad meminta Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi seorang yang berjiwa besar dengan memohon maaf walaupun merasakan dirinya tidak bersalah.

 

Adun Kok Lanas itu berkata, sedangkan Nabi Muhammad yang Ma’sum itu juga memohon maaf dan memaafkan, kerana ia merupakan konsep Islam.

 

“Pada saya, bila kita berjiwa besar, walaupun kita tak bersalah apa salahnya kita mohon maaf. Nabi Muhammad S.A.W dia istighfar beratus kali sehari. Sedangkan dia ma’sum, dia sudah tak ada dosa tapi dia tetap minta maaf.

 

“Minta maaf tidak semestinya kita salah, kita mesti berjiwa besar, (magnanimous) yang bermaksud berjiwa besar,”katanya.

 

Ditanya, adakah hubungan kedua pemimpin ini akan dapat dipulihkan katanya, ia bergantung kepada Tan Sri Muhyiddin.

 

“Sekarang bukan bergantung kepada Najib, tapi bergantung kepada Muhyiddin. Saya nak cakap satu lagi benda paling penting dalam sebuah perjuangan, adalah pengorbanan. Mana-mana perjuangan besar mesti ada pengorbanan. Kamu berkorban dan menjadi seorang yang mulia. Tapi kemuliaan itu tak datang serta merta. Ia akan datang kemudian.

 

“Macam Pak Lah berkorban dia dilihat mulia kemudiannya, Tun Musa berkorban dia dilihat mulia sampai sekarang dan KuLi (Tengku Razaleigh) telan maruah dan kemudian dia berkorban dan masuk balik. Dia dilihat mulia. Kalau kamu tak mahu berkorban, akhirnya kamu akan dikorbankan bukan oleh parti tapi oleh sejarah. Selalunya hasil sebuah perjuangan mesti berakhir dengan sebuah pengorbanan,”akhirinya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.