Tengku Adnan Kurang Ajar, Kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Setiausaha Agung UMNO , Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sebagai kurang ajar dan melampaui batas susulan beliau telah menyampaikan ucapan di Kelab Sultan Sulaiman pada Isnin lalu.

 

“Saya fikir setiausaha Agung sudah melampaui batas. Daripada semua suara yang di keluarkan, beliau tidak menghormati saya, saya tidak menyatakan bahawa saya ini hebat dan besar, tetapi beliau nampak lebih kurang ajar,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama sinarTV.

 

Tambah beliau, kritikan terhadap Datuk Seri Tengku Adnan di laman sosial merupakan satu bukti tindakan dia adalah tindakan yang tidak bermoral.

 

“Saya tidak payah menyebutkan media sosial dalam alam maya, dia dihentam begitu teruk oleh orang ramai yang mempersoalkan kenyataannya. Itu sudah menjadi satu bukti bahawa tindakan yang tidak bermoral, tindakan yang begitu tidak menghormati dan sebagainya.”

 

Dalam pada itu, beliau juga turut mempertikaikan, tindakan menghalang beliau berucap di Persidangan UMNO kerana beliau masih mempunyai hak untuk berucap.

 

“Inikan negara demokrasi, UMNO parti yang demokrasi, hak saya sebagai timbalan masih ada, atau sebagai ahli biasa pun masih ada untuk bersuara”.

 

“Apa suara saya itu ditakuti atau digeruni sehingga kalau boleh jangan bercakap sesuatu,” katanya dalam sesi temu bual itu.

 

Muhyiddin juga menafikan ada mendesak Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri sebaliknya hanya meminta perdana menteri berehat disebabkan mahu melicinkan prosedur siasatan.

 

“Saya tidak minta perdana menteri berhenti, saya minta dia berehat. Ini biasa kalau seseorang itu sudah terlibat dalam sesuatu walaupun belum lagi disabitkan kesalahan dan sebagainya.

 

“Nak disiasat orang itu patut beristirehat supaya pasukan yang nak menyiasat bolehlah menyiasat sebebas-bebasnya,” ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, seruan Muhyiddin supaya Najib berehat sementara agak bertentangan dengan gerak kerja Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak April lalu mendesak Najib meletakkan jawatan Perdana Menteri dengan alasan untuk mengelakkan kekalahan dalam PRU14. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.