Sembilan Pemimpin Cawangan UMNO Teluk Kemang Dihalau

KUALA LUMPUR – Sembilan pemimpin UMNO Teluk Kemang, yang menuntut Datuk Seri Najib Razak berundur, hari ini dihalau ketika mengadakan sidang media berhubung perkembangan terkini Perhimpunan Agung Umno 2015.

 

Jurucakap kumpulan itu, Datuk Mohamad Zin Mustafa terpaksa menghentikan sidang media tersebut ketika sekumpulan ahli Umno yang diketuai Ketua Melayu Bersara Angkatan Tentera Veteran Mohamad Ali Baharom (Ali Tinju) datang serta melaungkan “Hidup Presiden Umno” dan “Hidup Najib” di hadapan sebuah bilik Perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

 

Terdahulu, lapan daripada sembilan Ketua Cawangan di Bahagian Teluk Kemang digantung enam tahun oleh Tribunal Disiplin UMNO, susulan desakan secara terbuka agar Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai presiden parti itu.

 

Kesemua mereka telah dirujuk ke jawatankuasa itu pada 2 Disember lalu, sebelum keputusan penggantungan daripada parti itu yang dimaklumkan menerusi surat sehari kemudian.-SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.