‘Saya Tak Peduli Pesonaliti’ – Ku Li

Bukan mudah memperkasakan sesebuah parti tambahan pula mempunyai banyak pandangan daripada pemimpin. Bagaimanapun, ia hanya dapat dilakukan sekiranya semua pucuk pimpinan bersatu hati dan memperjuangkan semangat dan dasar yang dibawa parti. Begitu jugalah UMNO yang merupakan sebuah parti lama. Veteren UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan semua pemimpin UMNO perlu bersatu hati bagi memperkasakan UMNO.

 

SOALAN : Kenyataan Muhyiddin, perlu patuh pemimpin yang taat pada Islam, amanah apa pandangan Tan Sri?

 

KULI : Memanglah, tanpa menyokong dan berpihak kepada sesiapa, kita nak pemimpin yang berintegriti, yang beramanah, yang bertanggungjawab dan yang merasai nadi rakyat, itu yang kita nak. Saya harap resolusi penggulungan dapat mengatasi pelbagai masalah yang kita hadapi turun dan naik. Saya juga berharap, perkara masuk akal akan terbongkar. UMNO akan bersatu sekali lagi dan semua orang akan keluar dengan terbuka hati, dengan hati yang berani. Saya nak tengok UMNO bersatu, saya tak peduli kepada personaliti, saya nak tengok bersatu, kembali kuat semula seperti mana kita sebelum ini (sediakala).

 

SOALAN : Jika tindakan diambil ke atas Muhyiddin dan Shafie, adakah ia akan melemahkan parti?

 

KULI : Tidak. Adakah mereka akan ambil tindakan terhadap Muhyiddin dan Shafie, biar kita tengok apa tindakan mereka (Lembaga Disiplin). Sesetengah orang akan rujuk kepada Lembaga Disiplin kerana terlalu emosi, bergantung kepada keadaan, dan kebarangkalian. Saya tak tahu, kita serahkan kepada mereka yang membuat penghakiman.

 

SOALAN: PAS kata UMNO kena kembali kepada Islam kalau ada niat bekerjasama dengan PAS?

 

KULI : Memang pun, UMNO yang mempelopori perjuangan Islam sejak dulu lagi, tapi kerana negara kita negara majmuk, tak ambil kira segala-galanya, kalau tidak timbul keadaan darurat. Dan sememangnya Islam tidak menggalak kita mewujudkan satu situasi yang menyebabkan berlakunya darurat, pergaduhan, perbalahan, pecah belah pertumpahan darah, kita tak mahu. Kita mahu harmoni, perpaduan dan keadilan.

 

SOALAN: Adakah UMNO tak cukup Islamik?
KULI : Dalam politik ada kalanya baik, tak baik, ada kala kukuh, ada kala lemah, macam kita kadang kala sakit kepala.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.