Najib Pilih Berjiwa Besar Berdamai Bagi Kukuhkan UMNO

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memilih berjiwa besar untuk berdamai dalam usaha mengukuhkan ikatan UMNO.

 

Presiden UMNO itu yang membuka pintu silaturahim kepada para “penentangnya” pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2015 bagaimanapun menegaskan, bahawa jika tawaran itu ditolak, mereka bukan lagi menentangnya atas sifat peribadi tetapi menolak kemahuan para perwakilan UMNO.

 

“Saya Najib Razak sebagai Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar untuk membuka pintu silaturahim kepada semua supaya kita dapat bersatu dan kembali mengukuhkan ikatan UMNO,” katanya diikuti dengan sorakan seisi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini pada sesi penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO.

 

“Namun dengan tegas saya mahu menyatakan jika seandainya mana-mana pihak masih lagi tetap menolak dan mahukan pertelagahan, … ini bukan lagi soal peribadi.

 

“Mereka bukan menentang saya sebagai Najib Razak Presiden parti, bahkan ternyata mereka tolak untuk mencari titik perdamaian dan menolak keputusan syura parti dan jamaah UMNO ini,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.