‘Muhyiddin Nak Tunjuk Dia Hebat Juga,’-Tajuddin

KUALA LUMPUR –  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman berkata, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu berdiri selepas penggulungan ucapan presiden mungkin merasakan dirinya juga hebat.

 

“Mungkin dia nak tunjuk dia hebat juga,”katanya sambil diikuti deraian ketawa.

 

Tajuddin berkata, mungkin Muhyiddin merasakan situasi itu janggal, telah membuatkannya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru dalam parti.

 

“Najib telah menunjukkan dia pemimpin berjiwa besar, untuk berdamai dan memaafkan sesiapa sahaja bagi penyatuan semula. Demi semangat setiakawan dia telah menghulurkan tangan, “katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

 

Terdahulu, Najib berkata, beliau mempunyai hati yang besar dan bersedia untuk berdamai dan memaafkan sesiapa sahaja demi survival parti.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.