Video : Muhyiddin Enggan Minta Maaf

KUALA LUMPUR – ‘Saya tidak melihat ada sebab yang munasabah untuk saya memohon maaf kerana apa yang saya sebutkan bukan soal peribadi,”kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan ringkas menjawab kenyataan Datuk Hishammuddin yang memintanya memohon maaf kepada presiden.

 

Menurutnya, apa yang dinyatakan selama ini tidak menyentuh soal parti. apa yang dikatakan adalah soal kepimpinan soal prinsip.

 

“Saya telah jelaskan berkali-kali dan saya tak fikir kenyataan-kenyataan saya itu menyalahi atau tidak selari dengan tujuan dan semangat perjuangan kita iaitu nak menyatakan sesuatu yang hak dan benar, kerana saya amat cinta pada UMNO dan saya mahu UMNO terus kekal diyakini dan dipercayai oleh rakyat.

 

“Sebab itu bagi saya tak ada sebab yang berpatutan untuk saya memohon maaf kepada sesiapa dan saya harap ini tidak disalah tafsirkan. Jadi oleh sebab itu jangan membuat sebarang andaian, kerana saya akan terus hadir sampailah ke penghujung persidangan harini,”katanya ketika ditemui di hadapan Teratai Suite, di Perhimpunan Agung UMNO 2015.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.