Ismail Sabri Menteri Kurang Ajar, Bukan KJ, Kata Syed Hamid

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar meluahkan rasa kurang senang terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dianggapnya sebagai bersikap kurang ajar dan sombong.

 

Beliau ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi mengesahkan mengenai perkara itu.

 

“Pada mulanya saya tidak ingin menyebut sebarang nama, tapi kejadian tersebut perlu dihebahkan kepada orang ramai.

 

“Sebab menteri yang saya maksudnya ialah Datuk Ismail Sabri, tapi bukan Khairy sebab saya tak ada jumpa dia” katanya kepada SuaraTV.

 

Syed Hamid juga merupakan bekas menteri dalam negeri berkata, disebabkan isu tersebut ramai yang menghubungi beliau bagi bertanya mengenainya.

 

Menurutnya insiden tersebut bermula apabila beliau cuba menerangkan isu kenaikan harga yang melibatkan pengangkutan awam kepada Ismail yang juga merupakan ahli majlis tertinggi UMNO.

 

“Bila saya cuba maklumkan mengenai perkara tersebut (kenaikan harga adalah merupakan keputusan kabinet), dia (Ismail) terus menjawab ‘Tak, saya menteri kabinet saya tahu dan kita (mesyuarat kabinet) tidak pernah membincangkan mengenainya’.

 

“Lepas cakap macam tu, dia terus beredar pergi tanpa menunggu sebarang penjelasan daripada saya” ujar Syed Hamid lagi ketika menerangkan mengenai insiden yang berlaku selepas solat Jumaat di PWTC semalam.

 

Tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, Syed Hamid kemudiannya muat naik perkara tersebut di laman Facebook beliau.

 

“Hari ini saya berada di PWTC dengan seorang menteri yang cukup sombong dan menunjukan jawatannya di khalayak ramai. Kasar dan kurang sopan” katanya di akaun facebook miliknya.

 

Dakwa beliau, pertemuan dengan menteri tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) didakwanya cukup kasar dan tidak sopan.

 

Katanya tindakan menteri terbabit hanya akan mengundang rasa benci masyarakat terhadap kerajaan.

 

“Kalau saya pengundi, saya tidak akan mengundi menteri macam ini. Buat orang benci pada kerajaan sahaja. Padahal, masa saya menteri dia tidak ada jawatan pun”, ujarnya memetik kenyataan di laman media tersebut.

 

Laporan SuaraTV sebelum ini mengaitkan luahan Pengerusi SPAD itu dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagaimana pun telah dinafikan oleh Syed Hamid yang membuat penjelasan memperbetulkan kekeliruan tersebut.

 

Ia susulan dari dakwaan yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Azlan Ali yang mendakwa kenyataan tersebut merujuk kepada Khairy.– SuaraTV

 

 

 

*Editorial SuaraTV memohon maaf atas kesilapan berhubung artikel terdahulu yang mengaitkan nama Khairy Jamaluddin dengan insiden tersebut.

3 thoughts on “Ismail Sabri Menteri Kurang Ajar, Bukan KJ, Kata Syed Hamid

  • December 12, 2015 at 3:16 pm
    Permalink

    Kurang ajar ke tidak , komennya adalah terbaik dan orang seperti Tan Sri Tua niii patut berhenti dah sememang nya tepat..!!

    Reply
  • December 12, 2015 at 5:09 pm
    Permalink

    Apa yang kurang ajarnya, takkan nak jadi pak turut aja.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.