‘Edar Risalah Langsung Tidak Ganggu Perhimpunan’ – Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hisammuddin Hussein berkata, tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengedarkan buku ‘Aku Bukan Petualang’ dan beberapa lagi buku-buku lain, tidak mengganggu perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2015.

 

Menurutnya, perjalanan perhimpunan berlangsung seperti biasa tanpa adanya perkara yang tidak diingini berlaku walaupun terdapat pelbagai buku berkaitan kritikan telah diedarkan semasa perhimpunan berlangsung.

 

“Buku-buku yang diedarkan dalam perhimpunan agung tidak asing kepada kita, macam-macam buku diedarkan,”katanya.

 

Apabila ditanya mungkin buku tersebut mungkin boleh mencetuskan provokasi, bagaimanapun, beliau berkata ia telah berlaku seperti sebelum ini.

 

“Seperti dulu pun buku-buku yang diedarkan oleh Tun Mahathir juga merupakan provokasi, tapi ia tidak menjejaskan perjalanan perhimpunan kita.  Dalam beberapa hari kita berlangsung, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan tidak ada benda yang pelik-pelik berlaku,”katanya.

 

Beliau turut mengulas apabila ditanya mengenai tindakan disiplin yang akan dikenakan ke atas mereka yang mengedarkannya akan diserahkan kepada ibu pejabat untuk memutuskannya.

 

“Ia diserahkan kepada ibu pejabat untuk putuskan.

 

“Tiada syarat mengkalsifikasikan buku apa yang perlu diedarkan, jika anda mahu mengambil ia sebagai negatif ia bukan satu konstruktif,”katanya yang turut menerima banyak buku selama perjalanan perhimpunan berlangsung.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.