Ugut Ibu Dengan Parang

Kuala Terengganu – Seorang anak tergamak mengugut ibu kandungnya menggunakan sebilah parang, hanya kerana bengang hajatnya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak ditunaikan.

Bagaimanapun, perbuatan Muhamad Suhaimi Bakkeri, 20, terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Muhamad Suhaimi mengaku salah melakukan ugutan jenayah dengan mengamuk dan menunjukkan sebilah parang kepada ibunya berusia 51 tahun.

Pada hari kejadian, Muhamad Suhaimi dikatakan telah meminta sejumlah wang daripada ibunya.

Namun permintaannya tidak dilayan mangsa yang kerap meminta wang, menyebabkan dia mengamuk menggunakan sebilah parang sebelum mengugut mangsa.

Mangsa membuat laporan polis, sebelum Muhamad Suhaimi ditahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.