Tukar ‘Kemajuan’ Jadi ‘Kemaluan’ Tidak Kelakar – KKLW

Kuala Lumpur – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memandang serius penyebaran sepucuk surat rasmi kementerian itu yang disunting pihak ketiga dengan membuat pindaan pada perkataan ‘kemajuan’ kepada ‘kemaluan’.

KKLW juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu di balai polis Seremban 2 semalam demi menjaga krebiliti kementerian itu.

Kementerian itu juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung pengedaran keratan surat itu.

Surat itu ditandatangani oleh Mohd Alfian Alwi bagi pihak pengarah Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, Pejabat Cawangan Negeri Sembilan dan Melaka.

Menerusi Facebook rasmi KKLW, kementerian itu berkata, hasil semakan mendapati salinan surat asal yang ditandatangani oleh pegawai tersebut telah sengaja dipinda.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan salah faham sekaligus menjejaskan nama baik dan imej kementerian,” katanya.

Pihak kementerian memohon kerjasama daripada semua pihak agar dapat menyebarkan penjelasan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.