Tony Fernandes tunai janji, tiket percuma ke Bangkok

Tony Fernandes tunai janji, tiket percuma ke Bangkok
KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial tempatan yang masih bercakap tentang kehebatan skuad bola sepak negara bukan sahaja menzahirkan perasaan bangga dan gembira mereka sepanjang hari ini di susur masa Twitter, malah ternanti-nanti tentang apakah yang dimaksudkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam tuitnya.Malam tadi, pasukan Harimau Malaya berjaya membenam Vietnam dengan jaringan 4-2 di Stadium My Dinh, Hanoi.

Sebelum perlawanan berakhir, ini yang ditulis oleh Tony menerusi akaun Twitternya kira-kira jam 8 malam semalam

Capture1
Tuit tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai yang ternanti-nanti apakah kejutan yang bakal dilakukannya, sebagai hadiah kepada penyokong setia skuad Harimau Malaya.Pada pukul 10 pagi ini, Tony melalui Twitternya menjawab pertanyaan ramai berhubung perkara itu.

Beliau menyatakan bahawa akan memberikan lima tiket percuma kepada penyokong Harimau Malaya dengan gaya pakaian atau kostum terbaik. Selain itu, pihak Tony juga menyatakan bahawa kos penginapan di Tune Hotels di Bangkok akan dibiayai.

Capture2
Sehingga kini, pengguna Twitter sudah mula membalas tuit Tony dengan pelbagai aksi dan ragam unik.
Capture3 Capture4 Capture5 Capture6
Kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dari pihak AirAsia akan menyusul. -Awani

One thought on “Tony Fernandes tunai janji, tiket percuma ke Bangkok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.