Syabas, Harimau Malaya Sudah Bangkit – Najib

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara yang berjaya melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 pada perlawanan separuh akhir kedua.


“Alhamdullilah dan syabas kepada Harimau Malaya. Menang dengan Gaya! Saya amat bangga bersama semua Rakyat Malaysia,” kata Najib menerusi catatan terbaharu di laman Twitternya.

Skuad Harimau Malaya yang kalah 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada Ahad lepas, bangkit mencatat kemenangan selesa 4-2 pada aksi timbal balik di Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam malam tadi.

Malaysia mendahului Vietnam 4-1 pada separuh masa pertama perlawanan malam tadi di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.