Pesawat Tentera Sri Lanka Terhempas

Colombo – Sebuah pesawat tentera Sri Lanka terhempas berhampiran ibu negara, Colombo, mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh.

Menurut penduduk, pesawat pengangkutan ‘Antonov’ itu terhempas dan terbakar di kawasan persekitaran Athurugiriya dalam cuaca buruk.

Kata mereka, sekurang-kurangnya dua orang dilihat berada di dalam serpihan pesawat terbabit manakala jurucakap polis, Ajith Rohana berkata anggota penyelamat dihantar ke tempat kejadian.

Polis berkata empat orang mungkin berada dalam pesawat berkenaan ketika ia terhempas.

Adalah tidak diketahui sama ada terdapat mangsa lain di tempat ia terhempas yang terkorban atau cedera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.